Tuesday, 29 November 2011

sahabat

sahabat,
aku ingin kau mengerti akan perasaan ini,
kasih sayang yang aku curahkan,
marah bukan bermakna aku benci,
tapi sekadar luahan emosi dan kertelanjuran nafsu.


sahabat,
aku mahukan yang terbaik buat dirimu,
kerna aku sangat kasih padamu,
kerna aku juga tidak mahu kehilangan sahabat
 semulia kamu,


sahabat,
tertulisnya nukilan ini kerna terbitnya kasih
seorang sahabat,
supaya kasih yang terjalin akan terus tersemat
 dihati hingga hujung nyawa kita,
malah aku tidak mahu persahabatan kita tercalar
 begitu sahaja.


sahabat,
tatkala kau menitiskan air mata kesakitan
kerna terluka hatimu,
tahukah bagaimana robeknya hatiku mengenang
 kesedihanmu,
tahukah bagaimana aku menangis seperti anak kecil
yang mahukan mainanya kerana kesedihanmu.





sahabat,
walaupun puisi ini tidaklah dapat menyentuh nuranimu,
biarkan ia tersemat di ingatanmu sebagai tanda
persahabatan kita selamanya,
izinkan aku buat kali terakhirnya menyimpan memoir
 kenangan kita semua bersama.



hasil nukilan:nur syahirah buat shabat2 tercinta nurjannah & batch ot klmu

2 comments:

  1. wau..bru duduk dgan kte 2 bulan da mula berpuisi ye..haha..bgus2...:)

    ReplyDelete
  2. pengaruh dari jannah..org da pandai berpuisi n jiwang...ehehhehehe..tq sbb wat blog org jd cntik...suke sgt2..thumb up..:)

    ReplyDelete