Monday, 17 October 2011

Kelar bayi dalam asrama


MAUT...anggota polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar ibunya.

















MAUT...anggota polis membawa mayat bayi 

perempuan yang dikelar ibunya.


manusia ooo0o0hhhh manusia..x de akal ke kamo0o..

sedangkan haiwan sygkn anak..kamu plak wat anak mcm 2????

abis waktu berzina x igtkah kamoo0..akn dosa dan akibatnya?????

 

Kelar bayi dalam asrama



BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam. 
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 
7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit 
dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia 
mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan 
pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit 
dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan 
rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang 
kemudian ke bilik asramanya.


Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, 
guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi 
perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.


“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran 
pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain 
perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

1 comment:

  1. aiii,,budak....ade orang bertahun2 tggu nk beranak, dia pulak senang2 je bunuh anak....

    ReplyDelete