Thursday 20 October 2011

sial?????

Nabi SAW pernah mengingatkan : “Sesiapa yang mendatangi
tukangtilik dan tukang tenung (bagi mendapatkan
bantuan berkaitan ghaib),kemudian mempercayai
ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang
pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama
Nabi Muhammad SAW.“ ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la
, Albani : Sohih, Ghayatul Maram,no 285) 
Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : “Sesungguhnya 
Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang
beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” (An-Nahl : 99)

 

 

Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan
kecuali dengan izin Allah SWT , ia dari firman Allah SWT :
“..sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa
pun tanpa keizinan Allah.” (Al-Baqarah : 102)
 Amaran Allah dan RasulNya bagi pengamal ilmu sihir :-
Erti firman Allah : “Oleh itu mereka akan ketahui dengan
sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir,
tidak akan mendapatkan bahagian yang baik
di hari Akhirat kelak. (Al-BAqarah : 102)
Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :
Ia berdasarkan hadith Nabi SAW : Ertinya : “Jauhilah
tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak
, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari
medan peperangan (kerana takut) dan menuduh
perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil)
“ ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

 

 

 

haa???tgk kes ni....

apewla pecaya benda2 sial ni...kn allah 

da bagitahu dalam ayat2 al-quran...

memohon la perlindungan dari dy n pohonla 

apa saja yang kamu kehendaki...

buatla solat istikharah,solat hajat baru 2 

rakaat tp orang melayu ni dok percaya

benda2 khurafat nie..

berserahla moga2 allah s.w.t bagi jalan

penyelesaian..ingat allah selalu supaya allah

s.w.t ingat juga pada kita

Nak buang sial, tapi kena perkosa



KUALA LUMPUR: Terpengaruh dengan dakwaan dirinya disihir dan perlu
dirawat, seorang wanita berusia 42 tahun dirogol seorang lelaki di sebuah
hotel di Kepong, di sini, ketika mahu melakukan rawatan bagi membuang
sial, Selasa lalu.
Difahamkan, mangsa yang dipengaruhi lelaki berusia 38 tahun yang
mendakwa mempunyai kebolehan membuang sial, bersetuju
mengekorinya ke premis berkenaan sebelum dirogol kononnya
kaedah berkenaan mampu merawat mangsa.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang menyedari ditipu,
membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini.
Menurut sumber, mangsa mengenali suspek kerana dia menyewa
bilik di rumah mangsa sejak April lalu.

“Suspek menyewa di bilik berkenaan dengan isterinya dan sejak tinggal
di rumah mangsa, lelaki terbabit sering mendakwa mangsa terkena
sihir individu yang berdendam dengannya.

“Pada mulanya mangsa tidak percaya namun akibat sering mendengar
dakwaan itu, mangsa menjadi takut,” katanya.
Sumber berkata, akibat takut mangsa bersetuju mengikut suspek
ke sebuah hotel bagi menjalani rawatan.

“Sebaik tiba di hotel, suspek merogol mangsa dan mendakwa kaedah
itu mampu membuang sial dan sihir yang ada pada tubuhnya,” katanya.
Mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis
berhampiran kediamannya untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
(Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Khairi Arasa ketika dihubungi,
mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan
dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Tips Atasi Gangguan Jin, Syaitan dan Sihir

Tips Atasi Gangguan Jin, Syaitan dan Sihir

1. Membaca Bismillah Sebelum Masuk Rumah Dan Sebelum Makan.
2. Membaca Bismillah Sebelum Menutup Pintu Rumah dan Menutup Bekas Minuman
3. Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur
4. Membaca Tiga (3) Qul Selepas Solat
5. Merapatkan Saf Solah Berjemaah
6. Membaca Surah Baqarah Di dalam Rumah
7. Melaungkan Azan 
8. Mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah Apabila Terlupa Sesuatu
9. Membaca Dua (2) Qul Sebelum Tidur 


1) Membaca Bismillah Sebelum Masuk Rumah Dan Sebelum Makan

Jabir Radhiallallahu Anhu berkata: “Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seorang masuk ke dalam rumahnya dengan menyebut ‘Bismillah’ ketika masuk (ke dalam rumah) dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada temannya: Tiada tempat tinggal dan tiada bahagian makanan bagi kamu di sini. “ Dan apabila masuk ke rumah tiada menyebut nama Allah, syaitan berkata: “Kamu dapat bermalam di rumah ini, kemudian jika waktu makan tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata: Kamu dapat bermalam dan makan di sini”.(Hadis riwayat Muslim)
2) Membaca Bismillah Sebelum Menutup Pintu Rumah dan Menutup Bekas Minuman

Rumah yang pintunya ditutup dengan membaca Bismillah tidak akan dimasuki syaitan, (walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang, ia tidak akan masuk). Begitu juga minuman yang ditutup dan dibaca Bismillah.……
Kuncilah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang berkunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah.(Hadis Riwayat Muslim)
3) Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur

Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahawa syaitan tersebut berkata,“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.” (HR. al-Bukhari no. 2187)
4) Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas selepas solat untuk menolak sihir.
Daripada ‘Uqbah bin Amir, dia berkata: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat(fardu/wajib).”
5) Merapatkan Saf Solah Berjemaah.
Saf yang rapat tidak akan dimasukki syaitan, (walaupun syaitan itu jisim halus dan boleh memasukkinya melalui celah betis). Di dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya(kekuasaannya), aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasa’i dan Ahmad) 
6) Membaca Surah Al-Baqarah Di dalam Rumah

“Jangan kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan, maka sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran daripada rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.” (HR Muslim dan al-Tirmizi daripada hadith Abu Hurairah)
7)Melaungkan Azan Selain itu syaitan juga lari bila azan yang mengandungi lafaz takbir itu dilaungkan.
Sesungguhnya syaitan apabila dikumandangkan azan, ia akan berpaling dan berlari dengan pantas.(Muslim).
Daripada Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya: ”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.” (al-Bukhari)
8) Mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah Apabila Terlupa Sesuatu

Berzikirlah untuk mengingati Allah,  ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa.
Mujadilah [19] :Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah;
9) Membaca Dua (2) Qul Sebelum Tidur 

Apabila Rasulullah s.a.w. jatuh sakit kerana disihir, Malaikat Jibril telah menjampi Baginda dengan membaca 2 Qul iaitu Surah An-Nas (Qul a’uzubirabbinnas) dan Al-Falaq (Qul a’uzubirabbil falaq) dan ditiup pada seluruh tubuhnya
Menurut riwayat al-Imam al-Bukhari dari ‘Aisyah r.a. katanya adalah Rasulullah s.a.w. apabila Baginda berada di tempat tidurnya setiap malam beliau menemukan dua tangannya kemudian menghembuskan pada kedua-duanya dan membaca (Qul a’uzubirabbinnas) dan (Qul a’uzubirabbil falaq) kemudian beliau sapukan dengan kedua-dua tapak tangannya semua bahagian tubuhnya yang dapat disapukan olehnya, beliau mulakan di atas kepala dan mukanya dan bahagian hadapan badannya.

gadis bertudung labuh


ok la entry ni bukan ape
cuma aq sedikit heran...bila dah jatuhkah harga diri seorang perempuan????
aq mengharapkan yang bertudung tutup litup ni lebih  mempunyai perasaan malu daripada aq yang bertudung tak berapa labuh ni..

kes dy camni!!!!
kat tempat kerja aq tadi ..bukan maen melayan lagi jantan2 kat situ...malunye aq tngok...tak padan langsung ngan tudung korang yang tak melambangkan diri korang yang macam murah sangat..
 ayat2 sikit je da boleh dapat nombor telefon...
aq cakap nie bukan sebab jeles ye....aq cuma nak mengingatkan sesama kita...
yang tak pakai tudung tak payah cakap la..mengedik bukan maen...
aq bukan nak kutuk kaum hawa ni...tapi aq malu kaum hawa kita sekarang cam tak ade harga diri langsung..
aq bukanla baek sangat pown..tapi aq cuma nak menegur...
pada adik-adik kat luar tu jaga la diri ye,akak pown pernah nak membesar macam korang jadi akak nasihatkan berhati- hati ok!!!! jangan sampai jadi kes buang bayi..masyaallah mintak allah jauhkan ok....insyaallah

etika pemakaian tudung di jusco menyerupai rahib wanita kristian???

vs

Adakah salah PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian = Tudung Di Akhir Zaman = Tudung Wanita Moden?

Asbabul nuzul (sebab turun) ayat 31 An-Nur.

Salah satu riwayat Ibnu Mardawaih meriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib ra, ia berkata : Seorang sahabat pada masa Rasulullah Saw. berjalan di suatu jalan Madinah, lalu Ia melihat seorang wanita dan begitupun sebaliknya. Lalu setan membisikkan kepada keduanya dengan berapologi bahwa mereka tidak saling melihat kecuali hanya karena kagum semata.Kejadian berikutnya, lelaki itu berjalan di pinggir dinding tanpa berkedip melihat wanita tersebut, akhirnya ia menabrak dinding itu dan patah tulangnya. Atas peristiwa yang menimpanya, lelaki itu berkata: “Demi Allah , aku tidak akan mengelap darah ini kecuali setelah menghadap Rasulullah Saw. dan mengajarkan kepadaku tentang hal ini.” Maka ia mendatangi Rasulullah Saw dan menceritakan kejadian yang menimpa dirinya, Maka Nabi bersabda :”Ini balasan dari perbuatanmu dan turunlah ayat tersebut di atas.” (komen: tidak berkaitan dengan rahib kristian)
http://www.asrafismail.com/2009/04/26/surah-an-nur-petunjuk-aurat-bagi-muslimat/

Terjemahan AYAT 31, SURAH AN-NUR Dalam Bahasa Malaysia Tafsiran Ar-Rahman

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (komen: berkaitan dengan menutup bahagian belahan leher baju)

Imam Abu Abdullah Qurtubi: "Women in those days used to cover their heads with the khimar, throwing its ends upon their backs. This left the neck and the upper part of the chest bare, along with the ears, in the manner of the Christians. Then Allah commanded them to cover those parts with the khimar." (komen: berkaitan dengan orang kristian biasa yang pakai skaf, bukan rahib kristian sebab rahib kristian tidak dedahkan leher dan bahagian atas dada)

Imam Abu'l-Fida ibn Kathir: "'Draw their khumur to cover their bosoms' means that they should wear the khimar in such a way that they cover their chests so that they will be different from the women of the jahiliyyah who did not do that but would pass in front of men with their chests uncovered and with their necks, forelocks, hair and earrings uncovered." (komen: berkaitan dengan wanita jahiliyyah yang dedahkan bahagian atas dada, leher, dll hingga menampakkan subang)

What is the woman's jayb?

Shaykh Muhammad Nasiruddin Albani says that the word "jayb" is related to the word "jawb" which refers to something cut out, and he says that in this context it refers to the neckline of the woman's dress. (komen: berkaitan dengan belahan leher baju) 
http://www.muhajabah.com/surah-an-nur.htm

Rasanya macam isu menutup bahagian yang terdedah (leher dan sekitar neckline) sebab memakai tudung kepala seperti SKAF, tiada isu meniru Tudung Rahib Kristian = Tudung Di Akhir Zaman = Tudung Wanita Moden.

APA PENDAPAT ANDA?so korang rase same x???



Monday 17 October 2011

Kelar bayi dalam asrama


MAUT...anggota polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar ibunya.

















MAUT...anggota polis membawa mayat bayi 

perempuan yang dikelar ibunya.


manusia ooo0o0hhhh manusia..x de akal ke kamo0o..

sedangkan haiwan sygkn anak..kamu plak wat anak mcm 2????

abis waktu berzina x igtkah kamoo0..akn dosa dan akibatnya?????

 

Kelar bayi dalam asrama



BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam. 
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 
7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit 
dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia 
mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan 
pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit 
dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan 
rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang 
kemudian ke bilik asramanya.


Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, 
guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi 
perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.


“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran 
pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain 
perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

Sunday 16 October 2011

ubat kurus???

so apa pendapat korg ttg ubt kurus nih????
dulu aq da pnah cuba mcm2 ubat kurus..slimming centre x yah ckpla..aq tgk bdn aq sama jeee..
ok korg ade petua x kongsila skit...ni aq nk ltak skit ttg kbaikan n kburukan ubat kurus ni

phytolacca americana




Melalui penyelidikan farmasi moden khasiat phytolacca americana adalah sebagai
Anti-AIDS: protein Pokeweed antivirus (Ribosome Rangkaian Single Inactivating Protein atau skrip) adalah dianggap sebagai perencat kuat human immunodeficiency untuk AIDS. Terdapat juga tiga protein terkenal yang berbeza pokeweed antivirus (PAP) isoforms daripada daun Phytolacca americana (PAP-I dari daun musim bunga, PAPII daripada daun awal musim panas, dan PAP-III daripada daun akhir musim panas) yang menyebabkan depurination daripada bergantung kepada kepekatan genomik HIV-1 RNA.
Walaupun benih adalah bersifat sangat toksik, buah phytolacca berries biasanya dimasak menjadi jeli atau pai. Masakan dipercayai untuk membunuh toksin didalam berris dan lain-lain sifat ketoksikan kepada benih-benih dalam berris. Daun tumbuh-tumbuhan muda kadang-kadang dipungut sebagai potherb hijau musim bunga dan dimakan selepas blanchings berulang. Pucuk juga dicelur dengan beberapa perubahan air dan dimakan sebagai pengganti untuk asparagus. 
Keracunan Pokeweed biasa di timur Amerika Utara pada abad ke-19, terutamanya daripada penggunaan tinctures sebagai persediaan antirheumatic dan akibat pemakanan berris dan akar yang disalah-anggap sebagai ubi, Yerusalem articok, atau lobak pedas.

Melalui proses perubatan homeopathy, phytolacca americana atau pokeweed ini bebas daripada racun dan kesan sampingan. Ini kerana semua unsur-unsur toksin dan keracunan sudah disingkir dan apa yang tinggal hanyalah kebaikannya dan faedah phytolacca americana sahaja

Friday 14 October 2011

PERHATIAN!! ini bukan ayat al-Quran...










PERHATIAN!! ini bukan ayat al-Quran...

PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.

Cara-cara yang Digunakan Syaitan untuk Menggangu Manusia


Syaitan adalah musuh kita yang nyata sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran yang merupakan ingatan Allah SWT.
Syaitan dicipta dari api oleh Allah S.W.T. dan juga dikatakan berasal dari golongan Jin sebelum dipilih menjadi Malaikat. Ini membezakannya dari malaikat-malaikat lain. Disebabkan iblis ini menentang perintah Allah, dia diusir dari golongan malaikat dan dari Syurga, kerana ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai penghormatan ciptaan-Nya yang mulia. Menurut agama Islam, Tuhan meletakkan taraf manusia lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain kerana mereka diberikan akal – terutamanya untuk membandingkan yang buruk dari yang baik. Syaitan membangkang ciptaan Tuhan pada manusia dan mencegah dari menyujud di hadapan Adam seperti dilakukan oleh para malaikat lain. Tuhan bertanya kepada Syaitan: “Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?” Syaitan menjawab: “Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur.” Ini menunjukkan bahawa Syaitan merasa dirinya lebih bertaraf tinggi dari Adam kerana dia diperbuat dari api dan Adam diperbuat dari tanah, yang dianggap tidak bersih dan rapuh. Syaitan berjanji dan berkata di hadapan Tuhan, Nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak. Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan dibinasakan oleh Syaitan, tetapi yang mengikuti Syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di api neraka pada hari Akhirat.Syaitan juga yang memyebabkan Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa terkeluar dari Syurga, walaupun mereka telah diampunkan oleh Allah, dan bisikannya menyebabkan anak mereka Qabil membunuh Habil.
Oleh itu bagi mengatasi godaan syaitan ini Imam Ghazali telah menukilkan di dalam kitab (Wasiat Imam Ghazali m/s: 129.):
  1. Kita mesti mengetahui segala tipu daya syaitan supaya syaitan tidak berani mengganggu kita.
  2. Anggaplah tipu daya syaitan suatu perkara remeh, jangan sama sekali kita mengambil perhatian, jangan mengambil hati di atas segala ajakan syaitan. Pasti syaitan tidak akan berupaya menggoda kita.
  3. Berzikir dengan lisan dan hati.
قال رسول صلى الله عليه وسلم
إن ذكر الله تعالى فى جنب الشيطان كألآكلة فى جنب ابن آدم
”Sesungguhnya zikrullah itu menyakitkan syaitan seperti menderitanya anak Adam dengan penyakit pemakanan yang bersarang di perutnya”.



Cara-cara yang Digunakan Syaitan untuk Menggangu Manusia
Mancung/Paruh Syaitan membuatkan manusia Lupa Sabda Muhammad Rasullullah: “Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam, maka jika manusia ingat kepada Allah, maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah, dipatuklah hatinya”. (Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)
Syaitan menangis Sabda Muhammad Rasullullah: “Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud,nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap: “Ah…Celakalah aku. Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga, tetapi aku disuruh sujud maka membangkang, maka aku mendapat neraka”. (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Majah)
Syaitan kencing Dari Ibnu Masud dia berkata: Diceritakan (Allah )kepada Nabi Muhammad SAW tentang seseorang lelaki yang tidur hingga Subuh (waktu Fajar Pagi), sabda Baginda: “Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (As-Syaikhan)
Syaitan tertawa(ketawa) Nabi bersabda bermaksud: “Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat, maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan ia mengucap “Ahhh…”,kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya.” (Hadis Riwayat Bukhari).
Syaitan mempunyai rambut dan janggut yang kusut: “Dari Atha bin Yasr dia berkata: Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah SAW dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya, maka Rasullullah memberi isyarat kepada lelaki itu, seakan-akan disuruhnya membereskan (meluruskan) rambut dan janggutnya. Maka orang itu mengerjakannya, kemudian ia kembali. Maka Rasullullah SAW bersabda: “Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan.” (Hadis Riwayat Malik)
Syaitan menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan: Nabi Muhammad Bersabda (memberitahu): Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid, maka janganlah sesekali menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan, kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan. Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid sehingga ia keluar darinya.”(Hadis Riwayat Ahmad).
Syaitan masuk dalam aliran darah manusia: Sabda Rasullullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah. Oleh sebab itu, aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (as-Syaikhan)
Syaitan takut orang yang solat berjemaah: Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: “Jika ada tiga orang di desa atau di gunung yang tidak menunaikan solat berjamaah, nescaya mereka dikusai oleh syaitan. Oleh sebab itu, hendaklah kamu berjamaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan”. (Hadis Riwayat Abu Daud).
Hentakan kaki syaitan menyebabkan wanita istihadhah(mengeluarkan darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat). Dari Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras(mengalir-ngalir) dari kemaluannya (darah istihadhah), lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga keluar. Rasullullah bersabda: “Sesungguhnya darah yang keluar deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki syaitan.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abi Daud dan Tirmidzi)
Syaitan menghadang di saf solat. Sabda Rasullullah: “Apabila salah seorang kamu solat (sembahyang dengan memakai batas (Sutroh) (penghadang), lalu ada orang yang melintas di hadapannya (dalam kawasan solat, di bawah penghadang) maka hendaklah ia menghalanginya. Tetapi jika orang itu enggan (dalam keadaan curiga, melintasi dengan sengaja berulang kali) maka boleh orang itu diperangi (usir atau dibunuh), kerana dia itu tidak lain adalah syaitan”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (As-Syaikhan)
Rasullullah SAW menangkap dan mencekik syaitan: “Ketika Nabi SAW akan melakukan solat, lalu datang kepadanya syaitan hendak memutuskan solatnya. Maka Nabi Muhammad SAW menangkapnya (syaitan itu) lalu mencekiknya sehingga keluar air liurnya di atas tangannya(Nabi).” (Diceritakan oleh Ibnu Qoyyim)
Syaitan kentut: “Apabila diseru untuk melakukan solat (laungan azan), maka mundurlah syaitan sampai terkentut sehingga ia tidak mendengarkan azan, maka selesai azan ia kembali lagi. Dan apabila akan berdiri solat(laungan iqamah), ia mundur lagi dan apabila selesai iqamah, ia datang kembali” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (as-Syaikhan).
Syaitan menyelit disaf solat yang renggang: Sabda Muhammad Rasullullah: “Luruskan saf-safmu, rapatkan bahu-bahumu (dalam solat) dan berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang kerana seungguhnya syaitan masuk (menyelitkan diri )pada celah-celahmu, bagaikan anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrany)
Syaitan menghalangi khusyuk solat (menyempurnakan sembahyangnya). “Dari Aisyah berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang menengok dalam solat (melihat-lihat ke mana-mana arah tanpa perlu) maka sabda Nabi Muhammad SAW: “Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan dari hambaNya (Allah).” (Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, An-Nasai dan Abu Daud)(Hadis Sahih)
Sabda Rasullullah lagi yang bermaksud: “Akan datang syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya, lalu syaitan mengingatkan kepadanya, keperluan begini dan begitu. Maka janganlah ia menurutinya. Dan syaitan datang pula pada waktu tidurnya, maka syaitan memberikan berita mimpi buruk padanya, maka janganlah diikutinya (mempercayainya)”. (Hadir Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Syaitan membuat mimpi buruk: Nabi Muhammad Rasullullah SAW bersada yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai (mimpi buruk), maka hendaklah ia meludah ke sebelah kiri tIga kali dan hendaklah membaca:
A’uzubillah hi minasyaitan nir rajim
maksudnya: “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam”.
Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai dan Ibnu Majah).
Syaitan mencelak mata. Syaitan akan mencelak mata para pendengar ceramah agama atau khutbah supaya para pendengar akan tertidur dan leka tidak menghayati apa-apa yang dikatakan oleh penceramah.
Syaitan mengincu bibir. Syaitan akan mengicu bibir para pendengar ceramah supaya dapat berbual-bual dengan temannya dan dapat mengeluar kata-kata kesat.
Syaitan akan mengetuk para pendengar ceramah dengan tongkatnya agar dapat membuat bising dan tidak akan duduk diam, disamping membuat kacau dan kekalutan.
Banyak lagi propaganda yang telah dilakukan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia supaya tidak dapat manusia itu berpaut kembali kepada tali akidah dan ajaran Allah yang tulus dan benar. Manusia diingatkan agar behati-hati menjalani kehidupan ini agar tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah syaitan.
Tujuan Allah menciptakan syaitan adalah untuk menguji tahap keimanan manusia itu kepada Allah. Sesiapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan Allah akan membalas dengan azab sensara yang pedih di dunia dan di akhirat. Manakala orang yang berbuat baik dan berjaya menyekat kejahatan syaitan, Allah akan membrikan penghargaan yang tidak erkira dan dibalas dengan Syurga dan kehidupan yang tetap berbahagia.
Allah tidak akan menguji manusia itu dengan berlebih-lebihan dari kemampuan orang itu sahaja. Syaitan merupakan salah satu bencana kepada orang yang ingkar kerana mereka akan terus mengikuti syaitan selagi mereka tidak mendapat restu dan inayah dari Allah.
Dikatakan juga orang yang dirasuki syaitan atau jin jahat sebenarnya adalah orang yang mempunyai kelemahan dalam iman disamping jiwa raganya yang kosong dan lemah rohani, zahir dan batinnya. Syaitan mudah untuk mendekati orang yang mempunyai sifat demikian dan menjadi penempatan(perumah) bagi syaitan.
Syaitan akan dimatikan oleh malaikat maut, Malaikat Izrail atas arahan Allah. Pada akhir zaman nanti setelah Allah membinasakan segala-galanya yang berada di alam buana dan semesta ini. Syaitan akan dihidupkan kembali untuk menerima janji Allah sebagai bahan bakar dalam neraka. Pada waktu itu peneman syaitan yang turut binasa adalah manusia dan jin yang ingkar dengan perintah Tuhan serta batu-batuan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Katakanlah(Wahai Muhammad):”Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.Yang Menguasai sekalian manusia,Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik,penghasut yang timbul tenggelam,yang melemparkan hasutannya ke dalam hati manusia,(iaitu pembisik dan penghasut)dari kalangan jin dan manusia.
(Surah An-Nas:ayat 1-6)

jenis2 syaiton










Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerint ah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam
keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-b erai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbang an menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbul kan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Bacaan selepas berwudhu'


sama2 la kita memperbaiki diri




Bacaan selepas berwudhu' 


Maksudnya:

"Aku mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagiNya dan aku mengaku bahawasaya Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya.